Risau Covid-19 Di China, Harga Minyak Terjun Pada Awal Minggu!

235

Harga minyak menjunam rendah pada sesi Asia selepas didorong oleh kebimbangan terhadap penularan baharu Covid-19 di Beijing dan langkah penutupan yang berpanjangan di Shanghai akan membebankan permintaan global.

Menjelang sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent menyusut pada $103 setong, dengan kemerosotan dicatatkan sekitar 2.7%. Dagangan WTI Amerika Syarikat pula jatuh 2.9% membawanya didagangkan suram pada sekitar $98.70 setong.

Berikutan polisi sifar Covid-19, langkah sekatan masih dilaksanakan di Shanghai terutamanya di kawasan yang terjejas. Sebanyak 51 kematian baharu dilaporkan pada hari Isnin berbanding 39 pada hari sebelumnya, menjadikannya angka paling tinggi dicatatkan sejak gelombang baharu bermula.

Susulan itu, permintaan negara untuk petrol, diesel dan bahan api penerbangan pada April dijangka merosot 20% berbanding tahun sebelumnya, memetik kepada laporan Bloomberg.

Ini ditambah lagi dengan laporan mengenai penularan Covid-19 di Beijing yang dikhuatiri akan mencetuskan langkah penutupan baharu di ibu negara itu.

Dalam pada itu, Perbadanan Minyak Negara (NOC) Libya, berkata beberapa tangki simpanan produk minyak adalah antara puluhan tapak yang mengalami kerosakan di kilang penapisan sehingga menjejaskan 120,000 tong minyak sehari akibat pertempuan bersenjata awal minggu ini.

Walaupun masih dalam siasatan, tetapi penilaian awal menunjukkan sekurang-kurangnya 29 tapak termasuk tangki produk minyak dan tangki lain telah terjejas. Bagaimanapun, berita ini gagal mengangkat dagangan minyak mentah yang dihimpit ketidakpastian Covid-19 di China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat