Rishi Sunak Atau Liz Truss, Siapa Perdana Menteri Baru UK?

318

Undian kepimpinan Konservatif pada hari Rabu telah menyaksikan Rishi Sunak dan Liz Truss berjaya menempatkan diri mereka sebagai dua calon terakhir untuk menggantikan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri baharu UK.

Johnson telah melepaskan jawatannya sebagai ketua parti awal bulan ini selepas dilanda beberapa siri skandal yang membawa kepada berpuluh-puluh peletakkan jawatan menterinya.

Sepuluh ahli Konservatif bertanding untuk menggantikan beliau dan setelah melalui lima pusingan pengundian, calon dikurangkan kepada dua orang.

Kini, bergantung kepada kira-kira 160,000 ahli parti yang akan mengundi dan pada September, pemenangnya dan perdana menteri seterusnya akan diumumkan.

Walaupun Rishi Sunak mendahului dalam semua pusingan pengundian, tetapi Liz Truss dilihat telah mendapat kelebihan setakat ini di kalangan ahli parti pemerintah.

Sesiapa yang berjaya dalam keputusan pada 5 September, pastinya berdepan dengan keadaan paling sukar di Britain dalam beberapa dekad.

Rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, inflasi kekal di paras tertinggi 40 tahun menyebabkan timbulnya risiko kemelesetan dan Brexit yang menambahkan lagi impak terhadap pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat