Rishi Sunak Mahu Berbaik Dengan EU, Berita Baik Untuk Brexit?

192

Rishi Sunak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri UK, menyatakan keinginannya untuk mencapai perjanjian pasca Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU).

Walaupun UK telah keluar secara rasmi daripada EU lebih 2 tahun, namun pertikaian mengenai perdagangan di Ireland Utara masih belum selesai.

Menurut jurucakap Downing Street, Sunak telah memberitahu Perdana Menteri Ireland Michael Martin untuk merundingkan perjanjian dan mengatasi cabaran semasa.

Kedua-dua pemimpin itu dikatakan bercakap melalui satu panggilan telefon pada petang Rabu.

Sementara itu di pihak PM Martin, beliau berkata mereka telah berbincang mengenai keperluan untuk penyelesaian yang disepakati mengenai Protokol Ireland Utara.

Usaha ini dilihat sebagai positif buat London Brussels, ditambah dengan kesediaan Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen untuk mencari penyelesaian bersama bagi pertikaian berkaitan isu tersebut.

UK sebelum ini mencadangkan untuk mengubah beberapa syarat yang terkandung dalam Protokol Ireland Utara bagi memudahkan pergerakan barangan dari Britain ke Ireland Utara.

Hal ini telah mencetuskan ketegangan antara kedua-dua pihak menyebabkan isu ini berlanjutan sehingga kini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat