Rishi Sunak Sahkan Tarikh Pembentangan Belanjawan UK – GBP/USD Melonjak Lebih 70 Pips!

263

Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak telah mengesahkan bahawa belanjawan UK 2020 akan tetap dibentangkan pada 11 Mac ini mengikut rancangan awal.

Terdahulu, terdapat spekulasi mengenai tarikh pembentangan itu akan ditangguh susulan perletakan jawatan mengejut oleh Sajid Javid yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan UK.

Rishi Sunak memaklumkan perkara tersebut melalui laman twitternya bahawa beliau kini sedang bersiap sedia untuk membentangkan belanjawan pertama beliau sejak perlantikannya minggu lalu.

Keyakinan pelabur terhadap Sunak untuk mematuhi kehendak Perdana Menteri Boris Johnson untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan, dikatakan telah mendorong peningkatan bon kerajaan British sehingga mengatasi hutang Amerika Syarikat dan Zon Eropah pada bulan ini.

Sementara itu, terdapat kemungkinan bahawa beberapa peraturan di bawah pelan belanjawan Javid sebelum ini mungkin ditulis semula oleh Sunak.

Di bawah pelan Javid, ia membolehkan kerajaan menggunakan kos pinjaman yang rendah bagi meningkatkan pelaburan sehingga 20 bilion pound setahun. Dengan ini, ia akan membantu Parti Konservatif pimpinan PM Johnson untuk memenuhi janji-janji pilihan raya mereka sebelum ini.

Susulan kenyataan terbaru oleh Rishi Sunak, ia telah mendorong pasangan matawang GBP/USD untuk melonjak lebih 70 pips selain turut disokong oleh kadar pengangguran UK yang kekal di paras terendah dalam tempoh 45 tahun, iaitu pada 3.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat