Risiko Ancaman Pyongyang, Jepun Tingkatkan Sistem Pertahanan Negara

70

Pyongyang telah memberi amaran kepada US yang mengenakan sekatan baru terhadap program nuklear mereka melalui gesaan United Nation (UN). Korea Utara dikecam oleh kebanyakan negara di dunia kerana telah menjalankan ujian senjata nuklear kali keenam pada 3 September lalu.

Ketegangan mula reda berikutan tiada ujian lanjutan peluru berpandu dijalankan oleh Korea Utara pada sambutan kemerdekaan mereka hari Sabtu, 9 September yang lalu. Dolar yang menguat mengurangkan permintaan terhadap yen dengan pasangan matawang USD/JPY naik 0.65% kepada 108.53.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe tetap menggesa supaya sistem pertahanan Jepun dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang ancaman Korea Utara.

Dalam ucapannya di hadapan pegawai kanan angkatan tentera, beliau menegaskan tiada siapa yang boleh melindungi negara itu melainkan mereka.

“Kita perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk berhadapan ujian peluru berpandu Korea Utara ke atas Jepun. Saya sudah memohon kepada Menteri Pertahanan supaya membuat satu pelan tindakan strategi jangka sederhana”, kata beliau.

Abe juga berjaya mengukuhkan kerjasama dua hala antara kerajaan Amerika dan Jepun sebaik sahaja Trump mengambil tampuk pemerintahan bagi memastikan keamanan serantau. Merujuk kepada latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat di Laut Jepun, serta kerjasama pertahanan dengan negara-negara lain seperti Australia, Abe berkata , “Kita perlu menghalang tindakan provokasi berulang Korea Utara”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat