Risiko Brexit Semakin Mengkhuatirkan – Matawang Pound Terus Catat Penyusutan!

575

Matawang pound masih mengekalkan trend penyusutan sejak 2 hari ini sehingga hampir keparas terendah 2 tahun lalu pada hari Rabu berikutan kekhuatiran bahawa terdapat kemungkinan UK akan berundur daripada Kesatuan Eropah tanpa perjanjian pada tarikh akhir Disember 2020.

Kerajaan Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Selasa telah menolak pelanjutan tarikh akhir yang ditetapkan pada Disember 2020 mengenai perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah. Hal ini telah menyebabkan risiko Brexit semakin meningkat dan menghantar pound kepada penyusutan selepas mencatat pengukuhan melebihi 1% susulan pilihan raya.

Menurut penganalisis Scotiabank, ” Rancangan Johson telah meningkatkan kemungkinan UK berundur daripada Kesatuan Eropah tanpa perjanjian perdagangan berikutan garis masa yang singkat untuk rundingan rasmi. Bank pelaburan JPMorgan melihat kemungkinan Brexit tanpa perjanjian adalah sebanyak 25%.

Matawang Pound jatuh 0.5% pada hari Rabu kepada $ 1.3070, selepas jatuh 1.5% pada Selasa, meneruskan kerugian dua hari sehingga kepada hampir 2% iaitu paras kerugian terbesar sejak Februari 2018.

Tumpuan kini tertuju pada mesyuarat Bank Pusat England (BoE) bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Brexit.

Disisi lain, Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.17% pada paras 96.940 setakat jam 12.15 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat