Risiko Coronavirus Berkurangan, USD/JPY Catat 120 Pips Kenaikan Minggu Ini

258

Setelah menutup dagangan pada minggu lalu di paras terendah 4 minggu mencecah paras 108.300, pergerakan harga pada carta USD/JPY untuk minggu ini kembali menunjukkan corak kenaikan harga.

Setakat sesi New York semalam, harga telah mencatatkan kenaikan sekitar 120 pips dari paras terendah minggu lalu.

Dagangan safe-haven Yen mula menyusut berikutan keyakinan pelabur kembali meningkat dengan usaha pencegahan yang dilakukan oleh pihak China selain menyuntik dana berjumlah 1.7 trilion yuan ke dalam pasaran.

Selain itu juga, data PMI pembuatan Amerika Syarikat tinjauan ISM yang dikeluarkan pada awal minggu telah menyokong pengukuhan US dolar.

Kenaikan harga pada carta USD/JPY telah melepasi zon SBR (support become resistance) pada 109.200 dan menguji paras ketinggian sekitar 109.500.

Kenaikan harga lebih tinggi bakal menguji paras tumpuan pada resistance 109.700. Harga akan terus bergerak lebih tinggi dan mampu mencapai paras ketinggian pada resistance 110.200 jika laporan data ADP NFP serta data PMI bukan-pembuatan Amerika Syarikat pada malam ini mencatatkan bacaan yang baik.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, harga bakal menguji zon 109.200 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) yang baru.

Paras tumpuan lebih rendah pada 109.000 dan 108.800 juga akan turut menjadi destinasi penurunan harga yang seterusnya.

Pelabur turut berwaspada menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada penghujung minggu yang berkemungkinan memberi impak besar terhadap pergerakan harga khususnya bagi matawang US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat