Risiko Coronavirus Semakin Berkurang, Matawang Utama Kembali Papar Pemulihan

390

Matawang Asia mempamerkan pengukuhan apabila sentimen berisiko dilihat kembali stabil memandangkan kadar kes jangkitan akibat coronavirus atau kini dikenali sebagai COVID-19 setakat ini telah mula menunjukkan penurunan.

Setakat ini, angka kematian disebabkan coronavirus telah meningkat kepada 1,113 orang manakala sebanyak 44,653 kes jangkitan pula telah disahkan.

Sentimen yang semakin pulih ini telah mendorong dolar Aussie untuk mencatat peningkatan berbanding US dolar dengan kenaikan sebanyak 0.2%.

US dolar juga diniagakan meningkat berbanding safe-haven yen sebelum mencatat sedikit penurunan selepas Penasihat Keselamatan Negara White House, Robert O’Brien memberitahu bahawa pembelian barangan A.S oleh China mungkin terjejas akibat coronavirus.

O’Brien berkata bahawa A.S menjangkakan perjanjian fasa 1 akan membolehkan China untuk mengimport lebih banyak makanan dan membuka pasaran untuk petani Amerika, tetapi akibat wabak coronavirus, usaha Beijing untuk menunaikan komitmen mereka mungkin terjejas.

Selain itu, dalam ucapan di hadapan Kongres malam tadi, Pengerusi Fed, Jerome Powell kekal dengan pendiriannya mengenai kadar faedah semasa di samping turut menyatakan keyakinan terhadap pengukuhan ekonomi negara itu.

Dolar Kanada diniagakan mengukuh berbanding USD, disokong oleh peningkatan harga minyak disebabkan oleh kebimbangan terhadap coronavirus yang semakin berkurangan.

Russia setakat ini masih belum memberi kata putus mengenai persetujuannya untuk menyokong pengurangan pengeluaran minyak mentah dalam usaha OPEC bagi mengimbangi harga semasa.

Sementara itu di Eropah, pasangan matawang GBP/USD telah mencatat peningkatan sekitar 70 pips susulan bacaan awal pertumbuhan ekonomi UK bagi suku keempat 2019 menepati jangkaan pasaran dengan tiada pertumbuhan dicatatkan.

Dagangan euro mencatat sedikit peningkatan berbanding USD sebelum didagangkan mendatar pada sesi Asia ekoran keterangan Presiden ECB Christine Lagarde di parlimen malam tadi, gagal merangsang pasaran apabila beliau masih kekal dengan pendiriannya terhadap ekonomi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat