Risiko Jepun ‘Intervention’, USD/JPY Tembus Paras Tertinggi Sejak 1998!

230

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/JPY telah memaparkan corak kenaikan untuk 6 hari berturut-turut mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Namun, menjadi perhatian pasaran apabila kenaikan tersebut sekali lagi telah mencapai paras tertinggi sejak 1998 dan mencetuskan persoalan adakah kerajaan Jepun akan bertindak untuk campur tangan semula dalam pasaran seperti penghujung September lalu?

Pada 22 September lalu, ketika harga mencapai paras puncak tertinggi sejak 1998 iaitu 145.900 pada carta USD/JPY, tindakan campur tangan kerajaan Jepun untuk membeli Yen berbanding US dolar telah menyebabkan harga menjunam sehingga ke paras 140.400.

Pergerakan harga minggu ini dilihat kembali menghampiri semula puncak tersebut sehingga menyentuh paras 145.900 pada sesi New York semalam.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu), harga membuat kejutan dengan melonjak melepasi 145.900 sehingga mencapai paras tertinggi terbaru sekitar 146.400.

Ini telah menimbulkan kebimbangan pelabur dalam pasaran adakah campur tangan Jepun sekali lagi akan berlaku dan mengundang pergerakan drastik harga.

Harga masih dilihat bergerak dalam trend bullish, meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta USD/JPY, dengan jangkaan kenaikan lebih tinggi sekiranya US dolar kekal mengukuh.

Untuk kenaikan yang diteruskan, paras ketinggian terbaru bakal mensasarkan pada 147.00 dan jika harga masih melepasi paras tersebut, harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru sejak tahun 1990!

Namun, harga juga berisiko untuk alami penurunan sekiranya pelabur berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) minggu ini yang boleh membuatkan US dolar menyusut.

Sekiranya harga kembali membuat penurunan di bawah paras 145.900 semula dan melepasi sokongan MA50, pelabur akan menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend harga.

Penurunan harga bakal menuju ke zon sekitar 144.800 sebelum menguji paras sokongan harga minggu lalu pada 143.500.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat