Risiko Kemelesetan Ekonomi Yang Berpanjangan di Eropah: Populasi Yang Semakin Tua

348

Populasi Eropah yang semakin berumur (tua) dapat menghalang dasar monetari daripada berfungsi dengan baik sekaligus membawa kepada kemelesetan dalam tempoh yang lama. Hal ini dinyatakan sendiri oleh ketua penganalisis ekonomi European Central Bank (ECB) Peter Praet pada Rabu.

Perubahan demografi di Eropah telah menyebabkan kadar faedah berada di paras rendah. Ia sekaligus mengurangkan pilihan kepada bank pusat dan meningkatkan risiko ECB untuk gagal mencapai objektif inflasi.

Kadar inflasi di Eropah berada di bawah sasaran sejak lima tahun yang lalu dan bank pusat dijangka tidak akan mencapai sasaran itu sehingga tahun 2020. Ini menunjukkan dasar monetari semakin kurang memberi kesan kepada capaian sasaran bank pusat.

“Kita harus berhati-hati dalam meletakkan beban yang besar kepada bank pusat untuk menyelesaikan masalah yang banyak disebabkan oleh dasar struktural dan ketakcekapan kewangan,” demikian kata Praet.

Dengan dasar dilihat berkesan setakat ini, Praet mengatakan kadar faedah keseimbangan telah jatuh mendadak dengan populasi yang semakin tua semakin banyak menyimpan wang, sekaligus mengurangkan peningkatan produktiviti.

“Kemelesetan berkemungkinan berlangsung dalam tempoh lama, dan pemulihan ekonomi semakin perlahan, dengan risiko gagal mencapai objektif,” kata Praet dengan merujuk kepada impak terhadap kadar faedah yang rendah dalam dasar ECB.

Bagi mengatasi masalah ini, Praet mencadangkan penyelesaian yang termasuk menaikkan had umur persaraan dan dasar yang menggalakkan penyertaan dalam tenaga buruh. Untuk pengetahuan anda, Eropah adalah antara wilayah yang mempunyai kadar pengangguran yang tinggi di kalangan negara-negara maju di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat