Risiko Mendominasi Pasaran, USD Terus Bermaharajalela

241

Sentimen berisiko yang menghiasi pasaran pada awal minggu memperkuatkan lagi pengukuhan US dolar sehingga mendorongnya ke paras tertinggi terbaharu 20 tahun selain masih lagi mendapat sokongan daripada Federal Reserve (Fed) yang hawkish.

Setelah menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat polisi minggu lalu, bank pusat itu terus komited untuk melaksanakan pengetatan selanjutnya bagi memerangi inflasi.

Jangkaan ini turut merangsang pengukuhan hasil perbendaharaan AS 10 tahun untuk meningkat pada 3.20%, paling tinggi sejak November 2018.

Namun, kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi yang perlahan membantutkan kenaikan hasil bon lebih tinggi menyebabkannya sedikit susut pada sesi dagangan Asia, tetapi US dolar pula kekal mengukuh.

Prospek ekonomi yang suram turut memberi keuntungan buat safe-haven yen, di mana ketidakpastian mengenai perang di Ukraine dan penutupan Covid-19 China dibimbangi akan merencatkan pertumbuhan global.

Antara yang paling terkesan dengan sentimen menyuramkan ini adalah mata wang berkaitan komoditi, di mana dolar Aussie terus diheret ke paras terendah sejak Julai 2020 manakala dolar New Zealand pula paling lemah sejak Mei 2020 berbanding dolar greenback.

Berbeza pula dengan reaksi yang dipaparkan mata wang Eropah, euro mempertahankan kedudukannya daripada jatuh lebih rendah di tengah-tengah harapan baharu daripada Bank Pusat Eropah (ECB) untuk menaikkan kadar pada bulan Julai ini.

Dagangan pound pula didagangkan sedikit berubah selepas penggubal dasar Bank Pusat England (BOE) memberitahu bahawa kadar faedah neutral mungkin berada dalam julat 1.25%-2.5% tetapi boleh meningkat melebihinya jika inflasi masih tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat