Risiko Meningkat, Isi Rumah Dalam Bahaya! – Amaran RBA

321

Reserve Bank of Australia (RBA) melihat risiko kestabilan kewangan yang meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini berikutan langkah peningkatan kadar faedah yang dilaksanakan.

Merujuk pada kajian semula kestabilan kewangan separuh tahunan yang dikeluarkan pada sesi Asia, RBA berkata sesetengah isi rumah sudah merasai tekanan daripada kadar faedah dan inflasi yang tinggi.

Bank pusat itu telah meningkatkan kadar faedah sebanyak enam kali berturut-turut sejak Mei, dengan jangkaan ia mungkin berterusan untuk beberapa waktu.

Menurut RBA, ekonomi dan sistem kewangan global sedang berdepan dengan ketidaktentuan yang besar termasuk inflasi, kadar faedah dan harga tenaga yang tinggi.

Ini turut dirasai Australia bersama-sama dengan kelemahan ketara dalam pasaran perumahan, khususnya buat sebilangan kecil peminjam yang mempunyai hutang lebih tinggi berbanding pendapatan dan simpanan rendah amat terdedah kepada risiko ketidakstabilan.

Faktor-faktor ini adalah salah satu punca kepada keputusan tidak dijangka bank pusat yang meningkatkan kadar hanya sebanyak 25 mata asas berbanding jangkaan untuk kenaikan 50 mata pada Selasa.

Kenaikan kadar yang telah dilaksanakan akan menambah kira-kira A$800 sebulan dalam pembayaran balik kepada purata gadai janji A$620,000, beban besar bagi penduduk yang memegang A$2 trilion (S$1.86 trilion) dalam pinjaman rumah.

Harga rumah juga telah merosot selama lima bulan berturut-turut, diterajui oleh kejatuhan besar di Sydney dan Melbourne.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat