Risiko Pasaran: Catalonia Sedia Merdeka, Matawang Euro Menjunam

101

Pasaran ketika ini sedikit risk-off dengan kebimbangan risiko politik Sepanyol. Yen ketika ini mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain. Begitu juga dengan Swiss dan emas yang turut membuat pengukuhan.

Pasangan matawang USD/JPY susut 0.27% setakat ini selepas mencapai paras tertinggi 113.14 pada Khamis. Emas pula naik 0.21% setakat ini pada pukul 4.30 petang.

EUR/USD melemah dengan mendadak selepas laporan bahawa Puidemont bersedia untuk kemerdekaan Catalan. Pasangan matawang ini jatuh 50 pip sehingga ke paras terendah hari ini di 1.1767.

Presiden Catalonia Puigdemont memberitahu Perdana Menteri Rajoy Sepanyol bahawa beliau bersedia untuk kemerdekaan Catalonia. Manakala Rajoy mungkin akan memanggil mesyuarat kabinet pada Sabtu berikutan hal ini.

Puigdemont berkata, “Parlimen Catalan mungkin akan mengundi untuk deklarasi formal kemerdekaan jika tiada rundingan dijalankan.”

Kabinet Sepanyol dilaporkan akan meneruskan usaha menghalang usaha pemimpin Catalan dengan artikel perlembagaan 155.

Deklarasi terhadap kemerdekaan boleh mencetuskan Artikel 155 perlembagaan 1978 Sepanyol yang mana kerajaan Sepanyol boleh mengambil alih pentadbiran Catalonia serta-merta jika mereka melanggar undang-undang ini.

Selepas itu, kerajaan pusat boleh memecat pentadbiran tempatan dan membuat kerajaan baru, mengambil alih kawalan terhadap polis dan kewangan dan mengadakan pilihanraya.

Ketika ini pasaran sedang menunggu kenyataan yang akan dibuat oleh kerajaan Sepanyol pukul 5.30 petang Malaysia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat