Risiko Pelantikan Calon Pemimpin Baru Britain Masih Menekan Dagangan Sterling

422

Dagangan Pound Sterling terus menurun pada Selasa dan masih lagi terhimpit oleh risiko situasi pengunduran Britain tanpa perjanjian (no-deal Brexit) berikutan proses pemilihan pemimpin Parti Konservatif sedan menjadi tumpuan.

Pelabur meragui calon utama yang dilihat akan menggantikan Theresa May sebagai pemimpin yang baru iaitu Boris Johnson dalam keupayaannya menguruskan situasi no-deal Brexit. Johnson menyatakan bahawa beliau serius untuk memimpin pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah pada tarikh akhir 31 Oktober nanti tanpa perjanjian jika blok tersebut enggan membenarkan rundingan baru untuk perjanjian pengunduran Britain.

Selain itu juga, berdasarkan faktor fundamental, dagangan GBP terus melemah ekoran kenyataan bernada dovish oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi minggu lalu.

Berbanding dagangan dolar USD, Sterling kembali melemah semula selepas mencapai kenaikan ke paras tertinggi bulan ini pada dagangan semalam ekoran USD yang masih berisiko.

Setelah mencecah paras ketinggian pada 1.27800 semalam, harga kembali membuat penurunan pada carta harga GBP/USD lebih 100 pips ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Penurunan harga diteruskan lagi pada hari ini walaupun pergerakan harga dilihat perlahan sepanjang sesi pasaran Asia.

Harga turun berlegar menuju ke zon RBS (resistance become support) berhampiran paras support 1.2643 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Harga yang dilihat bakal meneruskan penurunan dijangka akan menuju pula ke paras support sekitar 1.2601 (MagicS2) dan penurunan terendah harian mampu mencecah ke zon support untuk dagangan Jun sekitar 1.2531 (MagicS3).

Sebaliknya jika harga kembali pantul membuat kenaikan semula, harga akan cuba melepasi kenaikan pada paras Magic Pivot 1.2713 hari ini sebelum paras resistance 1.2754 (MagicR1) akan kembali diuji semula.

Lihat gambar carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.2643, 1.2601, 1.2531.

Paras resistance: 1.2754, 1.2825, 1.2866.

 

Team INTRADAY menggunakan bacaan dan carta forex dari Broker SaracenMarkets.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat