Risiko Perang Dagang AS-China Kukuhkan Yen, USD/JPY Catat Penurunan 140 Pips!

344

Sesi pasaran yang berisiko sejak semalam memperlihatkan pengukuhan pada matawang safe-haven terutamanya Yen dan Swiss franc.

Faktor yang menyebabkan kebimbangan para peserta dalam pasaran adalah berkaitan laporan keraguan oleh China untuk perjanjian perdagangan jangka masa panjang bersama Amerika Syarikat akan dicapai. China juga menyatakan bahawa mereka tidak mahu berkompromi dengan perubahan struktur yang besar.

Risiko perang dagang tersebut turut menekan dagangan dolar USD yang sebelumnya telah bergerak lemah dalam pasaran susulan penurunan kadar kali ketiga oleh Fed pada mesyuarat FOMC.

Dan pada hari ini juga, dolar USD kekal didagangkan berisiko menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada sesi pasaran New York.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga telah menjunam sekitar 140 pips sejak dua hari yang lalu.

Harga yang mencatatkan kenaikan melepasi paras resistance 109.000, mencatatkan paras ketinggian terbaru dua bulan hampir mencecah paras 109.300. Kemudiannya harga kembali melakukan penurunan sehingga ke paras zon support pada 107.900.

Penurunan tersebut juga telah berjaya menembusi paras support dua minggu yang lalu pada 108.300 sebelum meneruskan penurunan 40 pips lebih rendah.

Dengan risiko yang kekal berlegar dalam pasaran, dan keputusan data NFP yang lemah pada malam ini bakal menambahkan tekanan buat dolar USD dan turut mendorong penurunan lebih rendah harga ke paras terendah yang terbaru.

Sebaliknya, jika harga kembali melonjak dari zon support 107.900, kenaikan harga akan menguji semula paras 108.300 yang membentuk zon SBR (support become resistance) pada carta harga USD/JPY.

Dengan momentum lebih kukuh, harga mampu mencapai kenaikan lebih tinggi berkemungkinan kembali semula ke paras resistance pada 109.00.

Lihat gambar carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat