Risiko Politik – Matawang Pound Sterling Jatuh Ke Paras Terendah 2 Tahun Lalu!

493

Matawang pound jatuh ke paras terendah 2 tahun lalu pada awal dagangan di Eropah pada hari Rabu berikutan kekhuatiran terhadap “Hard Brexit” dan kemungkinan pilihan raya umum.

Laporan The Times of London melaporkan bahawa Boris Johnson mempunyai peluang cerah untuk memenangi pertandingan kepimpinan Parti Konservatif pada ketika ini dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Pilihan raya umum berkemungkinan akan diadakan pada awal tahun hadapan. Johson bertekad untuk meneruskan Brexit dengan membawa keluar UK dari Kesatuan Eropah pada Oktober walaupun ia akan memberi impak pada ekonomi UK.

Matawang Pound jatuh melebihi paras 1% semalam berbanding US dolar dan meneruskan kejatuhan pada hari Selasa setakat jam 9.20 p.m. Pada awal dagangan matawang pound jatuh di bawah paras $1.24 buat pertama kali sejak April 2017.

Menurut penganalisis, Helen Thonmas, beliau menjangkakan GBP akan jatuh lebih banyak berbanding sebelum ini berikutan UK sedang menuju ke arah No Deal dan dalam masa yang sama UK bakal mendapatkan perdana menteri baru yang akan membawa cara pembawakan kepimpinan yang berbeza.

Selain itu, matawang sterling juga terkesan dengan keluaran laporan data UK iaitu data pengguna, pengeluar dan harga rumah. Data indeks harga pengguna di UK menepati ramalan pasaran apabila kekal di paras 2.0% untuk bulan Jun seperti bacaan bulan sebelumnya. Data input dan output bagi indeks harga pengeluar masing-masing mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan pasaran dan juga bacaan terdahulu. Manakala Data harga rumah menepati ramalan pasaran.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama sedikit berubah pada 96.953 setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat