Risiko Politik Trump, Protectionism, AS Lebih Suka US Dolar Yang Lemah, 3 Sebab Kejatuhan US Dolar!

1,516

Kita menyaksikan kejatuhan US dolar sejak minggu lalu yang disebabkan oleh ‘US Government Shutdown‘. Belum sempat lagi matawang greenback ini memulih selepas kerajaan dibuka semula pada Selasa, kini US dolar meneruskan kejatuhan sehinggalah pada masa artikel ini ditulis.

Kami di Moshed.com melihat ada tiga sebab yang mempengaruhi kejatuhan US dolar iaitu, komen Steven Mnuchin (menteri kewangan AS), halangan perdagangan oleh AS dan juga siasatan oleh Robert Mueller.

Pertama sekali berita penyiasatan oleh Robert Mueller, yang kini mahu menyoal Presiden Trump tentang pemecatan bekas pengarah FBI James Comey dan Peguam Negara Jeff Sessions. Berita ini pertama sekali dikeluarkan sekitar pukul 4 pagi Rabu yang menjadi antara penyebab kejatuhan US dolar ketika ini.

Perkembangan terkini siasatan oleh Robert Mueller ini sudah tentu menjadi risiko terbaru kepada Presiden Trump dan seperti biasa ia menyebabkan risiko kepada pasaran ketika ini.

Kedua adalah komen menteri kewangan AS iaitu Steven Mnuchin, “US dolar yang lemah adalah baik kepada kami,” dalam perhimpunan World Economic Forum di Davos, Switzerland.

Sememangnya komen seperti ini beberapa kali telah menyebabkan kejatuhan US dolar sebelum ini. Tahun lalu juga ada beberapa komen oleh Trump dan Mnuchin yang lebih suka kepada greenback yang lemah, sekaligus menyebabkan kejatuhan US dolar ketika itu.

Ketiga adalah isu halangan perdagangan. Pada Rabu, Presiden Trump secara rasmi meletakkan taarif terhadap panel solar dan mesin basuh. Apabila ditanya tentang perkara ini kepada menteri perdagangan AS di Davos, beliau mengatakan akan ada lebih banyak tindakan terhadap dagangan yang dirasakan tidak adil kepada Amerika Syarikat.

Sememangnya tindakan terbaru oleh AS ini adalah satu bentuk ‘protectionism’ oleh Trump yang tidak disukai oleh kebanyakan negara di dunia. Sama seperti tahun lalu, apabila kerajaan Amerika Syarikat bertindak cenderung kepada ‘protectionism‘ (terlalu menjaga ekonomi), ia sekaligus menyebkan kejatuhan US dolar. Tindakan seperti itu sebenarnya dilihat sebagai satu bentuk risiko kepada perdagangan global yang mana Amerika Syarikat adalah ekonomi terbesar dunia dengan banyak negara bergantung kepada eksport ke negara itu.

Dengan risiko-risiko ini, pasaran biasanya akan beralih kepada matawang safe-haven Yen, Swissy dan emas. Dengan kelemahan US dolar ketika ini, jelas dilihat pengukuhan ketiga-tiga instrumen selamat ini yang sering mendapat permintaan tinggi semasa ketidaktentuan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat