Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada RM431.7 Billion

83

Hari ini Bank Negara Malaysia dalam kenyataan rasmi menyatakan rizab antarabangsa berjumlah US$100.5 billion (RM431.7 billion) setakat 30 Ogos, meningkat 0.1% berbanding US$100.4 billion pada 15 Ogos yang lalu.

BNM juga menjelaskan bahawa posisi rizab antarabangsa ketika ini cukup untuk menampung tangguhan import selama 7.8 bulan dan 1.1 kali daripada hutang luar negeri jangka masa pendek.

Simpanan matawang asing merupakan komponen paling besar dalam rizab antarabangsa, sebanyak US$94 billion, dan simpanan IMF pula sebanyak US$800 juta. Hak pengeluaran istimewa (SDR) pula sekitar US$1.2 billion, rizab emas berjumlah US$1.5 billion dan aset rizab yang lain sebanyak US$3 billion.

Rizab antarabangsa bermaksud aset-aset bank pusat dipegang dalam pelbagai matawang dan kebanyakannya dalam dolar US, dan matawang ini digunakan untuk menjamin liabiliti seperti pengeluaran matawang tempatan dan deposit rizab bank-bank kepada bank pusat, oleh kerajaan dan institusi kewangan lain.

Berdasarkan data Bank Negara, keseluruhan aset negara setakat 30 Ogos daripada rizab, hutang, hartanah, perumahan dan lain-lain berjumlah RM460.4 billion.

Matawang yang beredar secara domestik berjumlah RM103.23 billion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat