Rizab Antarabangsa BNM Merosot 0.19% Kepada US$102.8 Billion Setakat 15 Oktober

573

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia merosot sebanyak 0.19% kepada US$ 102.8 billion setakat pada 15 Oktober 2018 dari US$ 103 billion yang direkodkan pada 28 September.

BNM juga menjelaskan bahawa posisi rizab antarabangsa ketika ini cukup untuk menampung tangguhan import selama 7.3 bulan dan 0.9 kali daripada hutang luar negeri jangka pendek.

Simpanan matawang asing merupakan komponen paling besar dalam rizab antarabangsa, sebanyak US$97 billion setakat pada 15 Oktober, dan simpanan IMF pula sebanyak US$900 juta.

Hak pengeluaran istimewa (SDR) pula sekitar US$1.1 billion, rizab emas berjumlah US$1.5 billion dan aset rizab yang lain sebanyak US$2.3 billion.

Rizab antarabangsa bermaksud aset-aset bank pusat dipegang dalam pelbagai matawang dan kebanyakannya dalam dolar US, dan matawang ini digunakan untuk menjamin liabiliti seperti pengeluaran matawang tempatan dan deposit rizab bank-bank kepada bank pusat, oleh kerajaan dan institusi kewangan lain.

Jumlah keseluruhan aset bank negara berjumlah RM448.228 billion, manakala matawang dalam kitaran yang bergerak dalam ekonomi berjumlah RM103.007 billion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat