Rizab Asing Bank Negara Merosot US$900 Juta Setakat 31 Mei

1,033

Rizab antarabangsana Bank Negara Malaysia merosot sebanyak US$ 900 juta kepada US$ 108.5 billion setakat pada 31 Mei 2018 dari US$ 109.4 billion yang direkodkan pada 15 Mei.

BNM juga menjelaskan bahawa posisi rizab antarabangsa ketika ini cukup untuk menampung tangguhan import selama 7.6 bulan dan 1.1 kali daripada hutang luar negeri jangka masa pendek.

Simpanan matawang asing merupakan komponen paling besar dalam rizab antarabangsa, sebanyak US$102.1 billion, dan simpanan IMF pula sebanyak US$800 juta. Hak pengeluaran istimewa (SDR) pula sekitar US$1.2 billion, rizab emas berjumlah US$1.6 billion dan aset rizab yang lain sebanyak US$2.8 billion.

Rizab antarabangsa bermaksud aset-aset bank pusat dipegang dalam pelbagai matawang dan kebanyakannya dalam dolar US, dan matawang ini digunakan untuk menjamin liabiliti seperti pengeluaran matawang tempatan dan deposit rizab bank-bank kepada bank pusat, oleh kerajaan dan institusi kewangan lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat