Rizab Kecemasan AS Makin Kering, Mana Biden Nak ‘Cekau’ Minyak?

483

Simpanan minyak kecemasan Amerika Syarikat kini berada di paras bahaya apabila Presiden Joe Biden dijangka akan mengumumkan satu lagi pelepasan daripada rizabnya.

Lonjakan harga minyak yang tinggi telah memaksa Biden untuk menarik keluar simpanan minyak beberapa kali bagi meringankan tekanan yang dirasai rakyatnya.

Kesannya, bekalan minyak kecemasan AS jatuh ke paras terendah sejak Jun 1984, iaitu ketika ekonomi dan permintaan tenaga lebih kecil berbanding hari ini.

Sungguhpun begitu, Biden masih berhasrat untuk mengeluarkan 15 juta tong daripada rizab tersebut pada Rabu.

Bagaimanapun, tidak perlu bimbang kerana pengeluaran ini adalah sebahagian daripada pelan Biden untuk melepaskan 180 juta tong minyak selama 6 bulan bagi meredakan kehangatan harga minyak.

Susulan berita mengenai pelepasan ini, komoditi hitam susut lebih rendah pada Selasa yang menyaksikan niaga hadapan minyak Brent didagangkan pada $90 setong dan WTI AS pada $83 setong.

Namun, terbitan laporan bekalan minyak mentah AS yang turun sebanyak 1.3 juta tong pada minggu lalu sedikit membantu harga untuk kembali stabil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat