Rizab Persekutuan Umumkan Bantuan Pendanaan $ 500 bilion!

445

Rizab Persekutuan telah mengumumkan langkah sokongan bagi membendung impak wabak koronavirus iaitu dengan memberikan sokongan pendanaan bank jangka pendek. The Fed memilih untuk menggunakan penggunaan kontrak repo sebagai instrumen kewangan dengan menambah $500 bilion pada Selasa berikutan tekanan pemintaan terhadap penambahan dana.

Langkah terbaru ini datang susulan daripada pengumuman sebanyak $ 1.5 trilion pendanaan pada minggu lepas. Langkah operasi Repo ini melibatkan bank-bank yang menggunakan rizab yang tinggi bagi tujuan operasi. Tawaran minimum untuk operasi repo adalah 0.1%.

Operasi repo ini merupakan salah satu langkah-langkah kecairan yang lain dilakukan oleh the Fed dengan tujuan agar wang-wang bank bergerak dalam ekonomi. Bersama dengan langkah-langkah kecairan yang agresif, Fed juga telah mengurangkan kadar faedah sebanyak 150 mata asas, atau 1.5% bermula sejak beberapa minggu yang lalu.

Pada 16 Mac, Federal Reserve Amerika Syarikat (Fed) sekali lagi mengambil langkah drastik dengan mengumumkan penurunan kecemasan kadar faedah sebanyak 100 mata asas pada awal pagi ini dalam usaha membendung impak pandemik coronavirus kepada ekonomi negara itu. Ini merupakan kali kedua Fed membuat pemotongan kecemasan dalam tempoh kurang daripada dua minggu, menjadikan kadar faedah semasa kepada julat sasaran 0%-0.25%.

Sementara itu, Fed juga telah melancarkan program pelonggaran kuantitatif bernilai $700 bilion untuk melindungi ekonomi dari impak wabak tersebut.

Federal Reserve akan membuat penangguhan sehingga Jun bagi ramalan ekonomi bagi suku tahunan memandangkan impak keseluruhan COVID-19 terhadap ekonomi masih tidak jelas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat