RM233 Juta Aset Kripto Diserahkan Kepada Mangsa BitConnect Sebagai Pampasan

1,814

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) akhirnya bersetuju untuk mencairkan aset berhubung dengan penipuan skim Ponzi, BitConnect dalam satu pengumuman semalam.

Aset kripto yang bernilai $56 juta (RM233.8 juta) akan dicairkan sebelum diagihkan kepada mangsa-mangsa penipuan sebagai pampasan.

Ekoran daripada itu, pihak kerajaan menggesa mangsa-mangsa BitConnect untuk mengemukakan kenyataan mengenai kesan yang dihadapi mereka.

Untuk pengetahuan, BitConnect dilancarkan pada 2016 sebagai matawang kripto yang menawarkan pulangan yang tinggi.

Pada 2018 barulah didedahkan bahawa BitConnect merupakan sebuah skim penipuan dan kesnya mendapat liputan seluruh dunia.

Malah, ia juga dianggap sebagai kes penipuan terbesar yang berkaitan dengan matawang kripto di AS. Aset-aset yang menjadi keuntungan pengasasnya telah dirampas dan kekal berada di bawah perlindungan pihak berkuasa sehingga ke hari ini.

Sebagai rekod, Securities and Exchange Commission (SEC) telah mendakwa 5 promoters BitConnect atas tuduhan melanggar undang-undang sekuriti pada Mei 2021.

Pengasas BitConnect, Satish Kumbhani dan promoter-nya, Glenn Arcaro kemudiannya didakwa pada September dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Hukuman bermula pada 7 Januari 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat