Robert Kiyosaki – Beli BTC Sekarang, Senyum Kemudian Hari!

822

Penulis buku terlaris ‘Rich Dad Poor Dad’ percaya Rizab Persekutuan AS akan terus menaikkan kadar faedah, yang akhirnya akan mendorong harga BTC, emas dan perak turun lebih banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ini memberikan peluang pembelian yang baik yang boleh membuat pelabur ter senyum pada masa akan datang. Robert Kiyosaki sebelum ini pernah menjadi pengkritik lantang bitcoin namun krisis yang disebabkan oleh COVID-19 telah mengubah pandangan beliau dan akhirnya menjadi pendukung kuat.

Dalam tweet terbarunya beliau mengkaitkan dasar monetari Fed yang dimana, bank pusat telah menaikkan kadar faedah beberapa kali dengan harapan dapat melawan inflasi yang melambung tinggi.

Setakat ini, bitcoin telah memenuhi setiap kenaikan kadar faedah dengan turun naik, biasanya berlawanan. Harga saham juga menjunam sejak beberapa bulan lalu. Malah aset yang lebih stabil seperti emas dan perak turun daripada kemuncaknya baru-baru ini.

Pada masa yang sama, US dolar telah mengukuh mencapai paras tertinggi sepanjang masa berbanding euro dan kemuncak berbilang tahun berbanding pound British. Kiyosaki percaya trend ini akan berterusan selagi Fed terus meningkatkan kadar faedah, bermakna BTC, serta emas dan perak, boleh kehilangan lebih banyak nilai berbanding US dolar.

Waima begitu, beliau tetap berpandangan bahawa ini adalah “peluang membeli,” yang akan membuatkan pelabur yang membeli aset tersebut tersenyum di kemudian hari apabila the Fed mula menurunkan kadar faedah.

Peter Schiff, yang merupakan pengkritik lantang, tidak memberikan apa-apa komentar terhadap BTC sejak akhir-akhir ini. Sebaliknya, Schiff berhujah bahawa ada kemungkinan “harga emas dan perak telah pun merosot. Beliau menambah bahawa pasaran masih belum menyedarinya, dan menasihatkan orang ramai untuk “beli emas dan perak” ketika harganya masih murah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat