Robert Kiyosaki Yakin Bitcoin Bakal Meroket!

525

“Tahun baharu matlamat baharu, ramai letak harapan BTC bullish tak lama lagi.”

Sudah sedia maklum pasaran mata wang kripto yang masih menunjukkan momentum lemah sejak tahun 2022 telah memberi ketakutan kepada kebanyakan individu untuk melabur dalam aset digital.

Bukan sahaja itu, peraturan kripto turut menjadi penyebab pelabur enggan membuat sebarang langkah drastik walaupun terdapat ramalan mengatakan harga kripto bakal melonjak pada 2023.

Namun lain pula untuk usahawan Amerika Syarikat (AS) dan pengarang buku Rich Dad Poor Dad, Robert Kiyosaki yang sentiasa menyebut tentang keunggulan Bitcoin (BTC) berikutan kelebihan pengawalseliaannya.

Kiyosaki dilaporkan telah membeli sejumlah besar BTC, dimana beliau mempercayai aset digital itu adalah antara komoditi yang akan menggantikan emas dan perak.

Sementara beliau turut menjangka bahawa sesetengah altcoin akan menerima impak negatif apabila peraturan oleh Suruhanjaya dan Sekuriti Bursa (SEC) dilaksanakan.

Hal ini berikutan kerana objektif rang undang-undang tersebut adalah untuk mengawal selia kripto melalui kategori yang berlainan.

Diperjelaskan lagi, altcoin akan berada di bawah bidang kuasa SEC manakala Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) pula bertanggungjawab untuk melindungi BTC.

Setakat penulisan ini, BTC canak sebanyak 0.99% berlegar pada zon harga $16,691 pada tempoh 24 jam terakhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat