Robert Lighthizer Ulas Perkembangan Hubungan Perdagagnan Dengan China & Eropah!

234

Wakil Perdagangan AS (USTR) Robert Lighthizer telah mengeluarkan kenyataan dalam temu bual beliau dengan Fox Business Network pada hari Selasa bahawa jualan pertanian Amerika Syarikat ke China dijangka akan meningkat dua kali ganda.

Menurut beliau, butiran pembelian oleh China yang merangkumi sektor pertanian, pembuatan, tenaga dan perkhidmatan A.S dalam perjanjian perdagangan “fasa pertama” akan dinyatakan dengan terperinci secara bertulis. Beliau yakin bahawa “kesepakatan perdagangan fasa pertama AS-China benar-benar dapat dilaksanakan”.

Walaubagaimanapun, Lighthizer tidak mengulas lebih lanjut mengenai bilakah perjanjian bertulis tersebut akan dikeluarkan.

Selain itu, Lighthizer turut mengulas mengenai perjanjian perdagangan dengan Eropah dan UK.

Menurut Lighthizer dalam masa yang sama “kita tidak dapat mengurangkan defisit perdagangan global AS tanpa mengurangi defisit perdagangan dengan Eropah. Pihak A.S mempunyai masalah perdagangan dasar dengan Eropah dan A.S perlu mengatur strategi agar lebih banyak barangan dijual ke Kesatuan Eropah”.

Pada ketika ini, perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat dan UK adalah menjadi keutamaan untuk Washington dan rundingan akan dilancarkan sebaik sahaja London bersetuju dengan matlamat yang diutarakan.

Perjanjian perdagangan dengan UK adalah keutamaan. Sebaik sahaja pihak mereka bersetuju dengan matlamat yang ingin dicapai maka rundingan akan bermula segera. – Lighthizer

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat