Robot Sinaran UV Bantu Cegah COVID-19 Di Singapura!

432

Berikutan dengan penularan wabak coronavirus yang semakin meningkat, kebanyakan negara telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menanganinya. Singapura yang kini mencatatkan hampir 30,000 kes jangkitan dengan angka kematian sebanyak 23 korban telah memperkenalkan sebuah langkah pencegahan yang amat unik serta berbeza dari negara lain.

Sebuah pusat membeli belah di Singapura telah menggunakan sebuah robot pintar sebagai usaha mencegah penularan wabak berjangkit itu. Uniknya, robot berkenaan menggunakan lampu ultra ungu serta didakwa mampu untuk membunuh virus termasuk di tempat yang tersembunyi.

Menurut Derrick Yap, PBA Group telah mencipta robot yang dikenali sebagai Sunburst UV Bot. Berikutan dengan penularan wabak berbahaya itu, mereka mengambil peluang tersebut untuk menguji robot berkenaan. Akan tetapi, robot yang dicipta itu boleh menjejaskan kulit serta mata manusia. Oleh itu, ianya diuji setelah pusat beli-belah berkenaan ditutup.

Tambahan daripada itu, robot unik ini telah diprogramkan akan menutup lampunya jika terdapat kewujudan manusia di kawasan berdekatannya. Di samping itu, ianya akan melakukan kerja-kerja pembersihan secara automatik dan dicaj semula setelah selesai.

Di samping itu, robot tersebut akan berjalan di seluruh kawasan pusat beli belah dan melakukan proses disinfeksi selepas bangunan itu ditutup,  sebelum dibuka semula kepada pelanggan pada keesokan harinya.

Walau bagaimanaun, hanya terdapat satu Sunburst UV Bot yang sedang menjalani ujian dan pusat beli belah tersebut mengharapkan agar penggunaannya dapat diperluas di seluruh Singapura

Namun begitu, harganya agak mahal iaitu dari $75,180 dolar Amerika serta sebahagiannya disewakan kepada pelanggan dengan harga $3,222 dolar sebulan dan selebihnya akan diberikan kepada hospital dan pusat kuarantin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat