Ronaldinho Promosi Memecoin Solana Baharu Ini, Adakah Harganya Bakal Meroket?

329

“Memecoin bertemakan air pun dah mucul sekarang, mungkin lepas ni ada la pula memecoin api, angin dan banyak lagi lah.”

Ronaldinho Gaúcho, lagenda bola sepak Brazil raih perhatian sejurus selepas menunjukkan fotonya bersama maskot Water Coin (WATER) mengintip di atas bahunya di dalam platform media sosial Instagram beliau yang memiliki 76.6 juta pengikut.

Terdahulu pada 8 Julai 2024, WATER mendaki 158% susulan Lionel Messi yang berkongsi gambar serupa seperti Ronaldinho yang berjaya menaikkan harganya kira-kira 38.8% pada $0.0012 sebelum turun semula sedikit.

Secara konteks, mata wang kripto WATER memberi tumpuan meningkatkan kesedaran bagi isu berkaitan air termasuk menyokong semua projek yang menghalang penebangan hutan dan membantu pengagihan air di Afrika.

Bukan itu sahaja, pelan hala tuju WATER juga menggariskan rancangannya yang berhasrat membentuk perkongsian selebriti sebelum menjadi token alam sekitar yang memfokuskan amal bagi mencapai matlamatnya.

Biarpun Water Foundation dikatakan hanya mengedarkan 5% daripada 88.88 bilion WATER kepada dirinya sendiri, YouTuber Ajay Kashyap adalah antara pengkritik industri kripto yang menandakan WATER sebagai token pump-and-dump.

Umum mengetahui Ronaldinho pada Ogos 2024 telah hadir di hadapan siasatan jawatankuasa parlimen Brazil berhubung dakwaan skim piramid kripto bernilai $61 juta, di mana ia menjanjikan pulangan harian 2% pelabur dan guna imej bintang bola sepaknya yang sudah bersara dalam pemasarannya.

Pun begitu, Ronaldinho yang menafikan sebarang penglibatan dalam skim tersebut telah berkata beliau tidak pernah bekerjasama malah berhujah menjadi mangsa susulan penyalahgunaan wajah beliau tanpa kebenaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat