Rosengren: Tiga Kali Kenaikan Kadar Tahun Ini Munasabah

59

Presiden Federal Reserve di Boston mengekalkan pendirian beliau bahawa The Fed akan menaikkan kadarnya secara berperingkat tahun ini.

Rosengren berpendapat pasaran pekerjaan ketika ini berada pada tahap yang kukuh dengan inflasi semakin hampir kepada sasaran 2%. Kedua-dua sasaran ini boleh dicapai menjelang akhir tahun 2017.

Pasaran pekerjaan terus mengukuh dan kadar upah meningkat secara konsisten berikutan permintaan buruh yang yang tinggi. Menurut Rosengren, jika The Fed tidak menaikkan kadar boleh menyebabkan kadar pengangguran terus susut di bawah sasaran jangka panjang yang akan meningkatkan risiko inflasi berlebihan.

Bagi beliau adalah perlu menaikkan kadar dengan lebih pantas berbanding sebelum ini dan tidak pula menyamai apa yang telah berlaku dalam tempoh 2004-2006. Secara keseluruhan, Rosengren mengatakan kenaikan kadar sebanyak tiga kali adalah memadai pada 2017, jika pertumbuhan ekonomi terus meningkat melebihi potensi yang boleh dicapai.

Rosengren adalah seorang yang berpendirian kuat kepada polisi monetari yang sangat longgar semasa krisis kewangan 2008, dan beliau terus mempertahankan pendiriannya bahawa ekonomi tidak akan semakin baik seperti sekarang, jika polisi pada ketika itu kurang agresif.

Untuk rekod, Rosengren bukan ahli yang membuat undian dalam FOMC pada tahun ini selepas kerap mempunyai perbezaan pendapat tentang polisi tahun lepas.

Akhir sekali, masih tidak ada jangkaan bahawa The Fed akan mengetatkan polisinya pada mesyuarat 1 Februari ini, dengan perhatian akan tertumpu kepada mesyuarat 15 Mac. Pada 1 Februari ini kita mungkin akan mendapat sedikit pendapat dari The Fed berkaitan polisi Trump, berikutan beliau akan memasuki White House pada 20 Januari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat