Rosmah Akhirnya Ditahan, Akan Didakwa Esok

1,833

Datin Seri Rosmah Mansor telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar petang tadi pada Rabu.

Menurut peguam beliau, Rosmah ditahan sekitar pukul 3.20 petang semasa memberikan kenyataan di Putrajaya.

Laporan mengatakan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan didakwa atas kesalahan penggubahan wang haram pada Khamis, 4 Oktober keesokan harinya.

Rosmah tiba di Ibu pejabat SPRM pada pukul 10.42 pagi pada Rabu dengan memakai baju kurung berwarna hijau. Beliau dilihat tenang semasa tiba pada pagi tadi.

Beliau ditemani oleh peguam Datuk K. Kumaraendran dan Datuk Gheethan Ram Vincent.

Ini juga adalah kali ketiga beliau dipanggil oleh SPRM untuk memberikan keterangan.

Pada 26 September yang lalu, Rosmah dipanggil untuk berhadapan dengan siasatan di mana soal-jawab berlangsung selama lima jam dalam kes berkaitan SRC Internation bekas anak syarikat 1MDB.

Ketua Suruhanjaya SPRM Datuk Seri Shukri Abdullah berkata pada 24 September bahawa siasatan terhadap Rosmah telah selesai dan laporan juga telah dihantar kepada Peguam Negara.

Shukri berkata, terserah kepada Peguam Negara untuk mendakwa Rosmah di mahkamah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat