Rosmah Dibicarakan Atas 17 Pertuduhan Penggubahan Wang Haram

673

Datin Seri Rosmah Mansor isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan telah tiba di kompleks mahkamah Kuala Lumpur untuk berhadapan dengan dakwaan penggubahan wang haram.

Rosmah dikerumuni oleh wartawan dan penyokong semasa beliau tiba pada pukul 8.28 pagi tadi.

Berdasarkan kenyataan, Rosmah dijangka akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Bernama telah melaporkan bahawa beliau berhadapan dengan 17 pertuduhan penggubahan wang haram yang melibatkan RM14 juta di Mahakamah Seksyen di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dalam masa yang sama Datuk Seri Najib Razak juga berada di Mahkamah Tinggi pada pukul 9 pagi hari ini.

Dengan memakai baju berwarna oren, Rosmah, 66 telah ditahan selama satu malam di Ibu pejabat SPRM semalam selepas memberi keterangan untuk kali ketiga pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat