Rundingan Brexit Gagal Lagi! GBP/JPY Menjunam Di Sesi Eropah

643

Menggegarkan pasaran di sesi Eropah adalah matawang Pound Sterling yang menyusut dengan ketara sehingga melihatkan harga menjunam pada carta-carta utama.

Pasaran kembali memberi reaksi terhadap perkembangan kurang menyenangkan rundingan Brexit antara Kesatuan Eropah (EU) bersama UK.

Kedua-dua pihak dilaporkan gagal mencapai persetujuan pada rundingan terakhir. EU menjelaskan kesepakatan menjadi rumit apabila UK tidak mahu mengikut haluan yang dirundingkan.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen dilaporkan akan membuat kenyataan berhubung isu tersebut.

Ketidaktentuan yang kembali melanda telah menekan Pound Sterling untuk didagangkan lemah semula setelah melonjak semalam.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY, harga telah menjunam sekitar 130 pips setakat jam 5 petang waktu tempatan dan masih lagi mempunyai momentum untuk meneruskan penurunan lebih rendah.

Harga yang mencapai ketinggian terbaru 3 minggu telah menjunam di bawah paras 135.500 berikutan nilai Pound yang menyusut.

Penurunan yang diteruskan akan menguji paras support mingguan 135.200 sebelum turun lebih rendah.

Seterusnya, zon RBS (resistance become support) pada 134.400 akan menjadi destinasi sasaran penurunan harga.

Jika harga kembali melonjak semula melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga, kenaikan berkemungkinan akan kembali semula ke paras ketinggian 136.600 yang dicapai hari ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat