Rundingan Kecemasan: May Terbang Ke Brussels Hari Ini

52

Theresa May akan bertolak ke Brussels untuk rundingan dengan ketua-ketua Kesatuan Eropah dengan laporan beliau telah mendesak Angela Merkel untuk berhenti dari melihat sahaja isu rundingan Brexit ini.

Minggu lalu dalam rundingan Brexit pusingan ke-lima berakhir dengan jalan buntu. Walaupun rundingan seterusnya dijadualkan pada Disember, May dilihat tidak mahu melengahkan rundingan, selepas perbualan telefon dengan Merkel.

Perancis dan Jerman difahamkan telah menggesa perubahan kepada kertas cadangan bagi perhimpunan pada Khamis. Hal ini bagi mengelak dari memberikan pandangan bahawa Kesatuan Eropah (EU) bersetuju dengan syarat-syarat ‘tempoh peralihan’.

Seorang daripada rakan sekerja Theresa May berkata kepada Financial Times: “Kami semakin kehabisan idea untuk dikatakan. Ia hanya menghala kepada pembayaran wang dalam masa yang sama merundingkan tentang tempoh peralihan.”

Memberi komen dalam perbualan dengan Angela Merkel, jurucakap pejabat perdana menteri berkata: “Mereka fokus kepada perhimpunan pada Khamis dan bersetuju dengan kepentingan rundingan Brexit yang konstruktif.”

Jean Claude Juncker, Presiden Suruhanjaya Eropah berkata proses Brexit akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangka disebabkan UK tidak mahu melangsaikan pembayaran kepada EU.

Ahli parti Buruh John McDonnell mengatakan sedang dalam rundingan dengan ahli Konservatif bagi menghalang Britain meninggalkan EU tanpa sebarang perjanjian.

Pasaran akan memberi tumpuan kepada hasil rundingan hari ini antara UK-EU di Brussels.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat