Rundingan NAFTA Masih Diperdebatkan, Mexico Membuat Tawaran Baru

259

Mexico akan cuba untuk tidak menambah tekanan dalam rundingan panjang NAFTA, menurut jurucakap Presiden Enrique Pena Nieto. Namun menurut salah satu sumber mengatakan bahawa negara tersebut telah membuat penawaran baru selepas US melancarkan pemeriksaan terhadap tarif auto.

Perbezaan tentang bagaimana menyusun kembali industri automotif telah memperlahankan kemajuan rundingan NAFTA yang menopang ekonomi Mexico. Mexico juga menunjukkan sedikit kelonggaran namun masih lagi menolak untuk memenuhi permintaan US sepenuhnya.

Pada hari Rabu, jabatan presiden Donald Trump mengatakan bahawa mereka akan memeriksa dan menyisat semula adakah import kereta dan truck daripada negara lain akan memberi kesan buruk dalam industri auto. Ini merupakan satu tanda tindakan yang mampu membawa kepada pengenaan cukai baru keatas eksport kepada pasaran kedua terbesar dunia tersebut.

Salah satu ahli pentadbiran mengatakan bahawa siasatan tersebut salah satunya untuk menghasilkan konsesi NAFTA daripada rakan dagangan Mexico dan Kanada

Mexico berpendpat bahawa mereka tidak akan beruding berdasarkan tekanan tersebut, Mexico jelas apa yang boleh direalisasikan dan apa yang tidak untuk negara mereka.

Presiden Kanada juga mengatakan bahawa Washington sedang menggunkan probe tarif auto sebagai alat rundingan.

Walaubagaimanapun, Mexico telah menawarkan penawaran baru tentang hal ini dan menunjukkan kelonggaran untuk menerima hal tersebut.

Dalam beberapa hari ini, Mexico telah menawarkan bahawa 20 peratus dariapda apa jenis auto yang dibuat di Amerika Utara akan dikeluarkan di kawasan yang memilki upah yang tinggi. Namun hal ini belum jelas lagi. US mahukan 40 peratus dariapda bahan auto datang daripada kawasan yang membayar upah $16/jam.

Dalam masa yang sama, Mexico dan Kanada telah meminta agar US menggurkan beberapa idea mereka termasuk ”klausa senja”.

Trump mengarahkan untuk rundingan semula NAFTA bagi mebawa lebih banyak peluang pekerjaan pembuatan ke US. 9 bulan rundingan ini banyak terjejas disebabkanperbezaan terhadap pengeluaran auto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat