Rundingan Perdagangan Brexit Diteruskan, Tempoh Peralihan Mungkin Dilanjutkan?

305

Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) dan UK, iaitu Michael Barnier dan David Frost dijangka akan mengadakan satu panggilan pada hari ini untuk berbincang mengenai potensi melanjutkan tempoh peralihan Brexit disebabkan pandemik coronavirus.

Para perunding sebelum ini dijadualkan untuk bertemu sebanyak lima kali sehingga bulan Mei untuk mengadakan rundingan di Brussels dan London, namun pertemuan pertama terpaksa ditangguhkan disebabkan penularan COVID-19 yang semakin meluas.

Memetik kepada laporan The Telegraph UK, kedua-dua pegawai tersebut turut merancang untuk mengaturkan rundingan perdagangan berskala besar pada minggu depan.

Perbincangan ini dijangka akan melibatkan kira-kira 11 kumpulan perunding yang berasingan dengan mengadakan rundingan serentak yang akan membincangkan isu barang perdagangan, persaingan adil yang dituntut EU, akses perairan dan penguatkuasaan undang-undang.

Sementara itu, Menteri Kewangan UK, Rishi Sunak menyatakan keyakinan beliau bahawa kesepakatan dalam perjanjian perdagangan Brexit akan dapat dicapai bersama EU dalam tempoh yang ditetapkan setelah rundingan mereka dijejaskan oleh krisis COVID-19.

Rishi Sunak turut menegaskan bahawa kerajaan UK sangat komited dengan pengaturan dalam jadual semasanya untuk rundingan perdagangan bersama EU, yang akan dimulakan pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat