Rupa-Rupanya Junaman Pound Turut Beri Kesan Pada Emas

130

Emas melonjak dalam sesi Asia pada Jumaat selepas junaman yang dibuat Pound pagi tadi. Selain itu, tumpuan pasaran juga masih tidak beralih fokus untuk menanti data pekerjaan Amerika Syarikat yang bakal diumumkan malam ini.

Emas di Comex meningkat 0.41% kepada $1.258.15 satu troy ounce.

Pasaran dikatakan memberi tumpuan kepada data NFP pada Jumaat ini bagi indikasi yang lebih mendalam kepada kekuatan pasaran kerja di Amerika Syarikat. Hal ini kerana, Fed mengatakan bahawa keputusan kadar pada masa akan datang bergantung kepada kekuatan sektor ini.

Ramalan konsensus menjangkakan bahawa angka bagi sektor pekerjaan akan menunjukkan pertumbuhan sebanyak 175,000 bagi bulan September, selepas mencatatkan peningkatan pada bulan sebelum ini. Pendatan purata setiap jam juga diramal meningkat.

Semalam, harga emas terus mengalami kerugian selepas mencecah parah terendah dalam tempoh hampir 4 bulan. Perkara ini berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar oleh Fed pada Disember nanti.

Emas dikatakan amat sensitif dengan pergerakan kadar. Jika kadar dinaikkan, kekuatan US Dollar turut akan meningkat. Pengukuhan ini akan menyebabkan emas didagang melemah kerana logam ini dinilai berbanding matawang gergasi tersebut.

Apa Makna Kejayaan Sebagai Seorang Trader?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat