Rupanya Ini Minggu Yang Baik Buat Pasaran Minyak

110

Minyak mentah didagangkan sedikit berubah pada sesi Asia ketika pasaran menuju dagangan penghujung minggu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berlegar pada sekitar harga $81 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula diniagakan pada $76 setong.

Kedua-dua penanda aras berada di landasan untuk menamatkan minggu ini dengan keuntungan 7% lebih tinggi.

Unjuran Agensi Tenaga Antarabangsa mengenai kemungkinan permintaan China akan pulih tahun depan telah memberi sokongan buat pasaran.

Agensi itu menaikkan anggaran pertumbuhan permintaan minyak untuk 2023 kepada 1.7 juta tong sehari daripada 400,000 tong sehari pada tahun ini.

Dalam pada itu, OPEC mengekalkan ramalan untuk pertumbuhan permintaan minyak global sebanyak 2.55 tong sehari tahun ini dan 2.25 juta tong sehari pada 2023 selepas beberapa pnurunan taraf.

Sungguhpun begitu, pengukuhan minyak terbantut berikutan pendirian Federal Reserve (Fed) untuk terus menaikkan kadar faedah pada tahun depan walaupun ekonomi berkemungkinan menuju kemelesetan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat