Rupanya Ini Sebab Pelabur Kekal Posisi ‘SELL’ Untuk USD/CAD

731

Dolar Kanada mengukuh ke paras tertinggi tiga tahun berbanding US dolar, dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah dan keputusan dasar monetari Bank Pusat Canada (BOC) yang lebih hawkish berbanding Federal Reserve (Fed) AS.

Loonie menguat di sekitar harga 1.2270 berbanding US dolar, memperluaskan keuntungan sejak Jumaat lalu dan berprestasi paling baik di antara matawang G10.

Harga minyak mentah terus didagangkan lebih tinggi dengan dorongan daripada keyakinan pasaran terhadap pemulihan permintaan global yang semakin meningkat, terutamanya di Amerika Syarikat, UK dan China.

Ini membawa dagangan minyak mentah Brent kembali kukuh di atas $68 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $64 setong.

Sementara itu, keputusan BOC untuk mengurangkan pembelian bon kerajaan pada mesyuarat polisi minggu lalu masih menyokong dagangan dolar Kanada, lebih-lebih lagi selepas Fed mengumumkan keputusan dasar monetarinya.

Berbeza dengan BOC yang lebih hawkish, Fed memutuskan untuk kekal dengan pelonggaran dasar monetari semasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda pembelian bon akan dikurangkan dalam tempoh terdekat.

Ini telah mendorong dolar greenback diniagakan lebih lemah berbanding dolar loonie, walaupun di sisi lain, ia menguat berbanding matawang utama lain setelah disokong oleh data ekonomi yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat