Rupanya Macam Ni Kisah Jeff Bezos Sebelum Kaya

1,390

Acapkali nama figura ini muncul di paparan Intraday.my. Paling terbaru, beliau berjaya meraih lebih $200 bilion sekaligus menjadi individu terkaya di dunia.

Individu tersebut tidak lain tidak bukan, Jeff Bezos, pengasas Amazon.

Berdasarkan rekod Bloomberg Billionaires Index, beliau kini memiliki kekayaan bernilai $207 bilion!

Mungkin benarlah yang dikatakan tuah, walaupun pernah mengalami kerugian US$8.2 bilion ketika kejatuhan besar Wallstreet pada 2018 dan kehilangan sebanyak $14.1 bilion kerana pandemik COVID-19, beliau masih mendominasi carta individu terkaya.

Sebenarnya, permulaan Bezos sebelum bergelar jutawan dan pengasas Amazon tidak begitu kukuh. Figura ini terpaksa mengorbankan pelbagai perkara termasuk pekerjaan tetap di New York dan pengeluaran modal berjumlah $245,573, hasil sumbangan daripada kedua ibu bapanya.

Amazon pada awalnya ditubuhkan sebagai sebuah kedai buku atas talian pada 1994. Pada ketika itu, Bezos ragu-ragu dan yakin perusahaannya itu memiliki 30% peluang tipis untuk berjaya.

Mana tidaknya, ketika itu masyarakat masih tidak mempunyai kesedaran terhadap kepentingan penggunaan internet. Maka, tidak mustahil beliau begitu yakin kegagalan memihak kepadanya.

Ibu bapa Bezos pernah menceritakan bagaimana mereka cuba menahan Bezos untuk tidak berhenti kerja dan meminta meneruskan projek Amazon pada waktu malam dan hari minggu kerana bimbang yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Namun siapa sangka pada 1997, Amazon akhirnya menembusi pasaran dan kini setelah 25 tahun berlalu, syarikatnya itu bernilai sekitar $1.7 trilion.

Bezos dalam sebuah temu bual, akui beliau sendiri sebenarnya terkejut dengan pencapaiannya. Tidak pernah terfikir olehnya untuk berada pada tahap ini walaupun pada asalnya Bezos ingin menubuhkan sebuah syarikat, tetapi bukanlah syarikat gergasi dan unggul seperti pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat