Rupanya Minyak AS Masih Laku, Patutlah Harga Terbang Tinggi!

135

Sentimen yang positif dalam pasaran menyokong harga minyak mentah untuk melonjak ke paras tertinggi dua minggu pada sesi dagangan Khamis.

Menuju penghujung sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan lebih tinggi pada $93 setong setelah melonjak 3.1% pada sesi sebelumnya.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan menguat pada $88 setong susulan peningkatan 3.7% yang dicatatkan pada sesi terdahulu.

Pasaran menyambut baik data yang menunjukkan eksport minyak mentah AS melonjak kepada rekod tertinggi 5.1 juta tong sehari, menandakan daya tahan dalam permintaan global walaupun inflasi dan kadar faedah meningkat.

Selain itu, penurunan mendadak US dolar juga menyokong komoditi hitam itu kerana ia menjadikan harga minyak dalam dolar lebih murah untuk pembeli yang memegang mata wang lain.

Dalam pada itu, peniaga bersiap sedia untuk pengurangan pengeluaran besar oleh OPEC+ yang akan bermula pada bulan November serta sekatan Kesatuan Eropah (EU) terhadap minyak Rusia yang bakal berkuat kuasa pada Disember.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat