Rupee Digital Semakin Hampir Direalisasikan, RBI Percaya Ia Dapat Menangani Pasaran Gelap!

274

Ajay Kumar Choudhary, pengarah eksekutif Reserve Bank of India memaklumkan dalam salah satu sesi interaktif bahawa pengenalan mata wang digital akan meningkatkan kecekapan operasi sistem dengan ketara dan menggalakkan rangkuman kewangan.

Rupee digital akan menambah daya tahan yang dikaitkan dengan inovasi dalam cara pembayaran, dakwa Choudhary. Tambah beliau, Rupee digital juga akan memupuk inovasi dalam bidang pembayaran antarabangsa. CBDC dipercayai akan menghadirkan pengalaman yang diingini sambil melindungi pengguna dan mengelakkan kesan negatif sosial dan ekonomi,dan mengelakkan kesan negatif sosial dan ekonomi.

Mata wang digital, menurut Choudhary, akan menampung keperluan strategik pada masa ini. Menurutnya, mata wang digital lebih berkemungkinan menambah sistem pembayaran sedia ada berbanding menggantikannya. Ia akan memberi pengguna pilihan yang berbeza sebagai cara pembayaran.

Bagi mewujudkan sistem yang inklusif, berdaya saing, dan responsif kepada inovasi dan perubahan teknologi, beliau berkata, Reserve Bank of India akan mengambil langkah progresif untuk memastikan pengeluaran CBDC mengikut pendekatan yang betul dengan perlindungan yang mencukupi untuk menangani sebarang potensi kesukaran dan risiko.

Berdasarkan penjejak mata wang digital bank pusat (CBDC), hampir 105 negara, mewakili 95% daripada KDNK global telah mengambil langkah untuk mengintegrasikan mata wang digital ke dalam sistem ekonomi mereka. 50 negara daripadanya sedang dalam peringkat penerokaan yang lebih maju.

Setakat ini China adalah negara yang paling terkehadapan dalam cubaan mengimplimentasikan mata wang digital. Beberapa siri ujian telah dijalankan untuk beberapa industri dan bandar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat