Rusia Akhirnya Terima Padah Selepas Bertahun-Tahun Menipu AS!

763

‘Licik, kiranya selama ni kerajaan Putin beli barangan negara Biden pada harga murah tanpa pengetahuan.’

Ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Rusia mencapai tahap baru apabila The Uncle Sam kini tidak lagi mengiktiraf Moscow sebagai negara ekonomi pasaran.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdagangan AS, Rusia didapati melanggar peraturan anti-dumping* dan seterusnya membawa pembatalan status Rusia sebagai negara ekonomi.

*Tarif perlindungan yang dikenakan oleh kerajaan domestik ke atas import asing yang dipercayai berharga di bawah nilai pasaran saksama.

Ulas kenyataan tersebut, analisis mereka mendapati penglibatan kerajaan yang ‘meluas’ dalam ekonomi Rusia membawa kepada kekacauan harga dan kos.

Ia secara tidak langsung juga menandakan syarikat-syarikat Rusia mengimport barangan AS secara tidak adil dan boleh membawa kerugian kepada negara pimpinan Joe Biden.

Ekoran pendedahan itu, AS kini mempunyai kuasa untuk menggunakan peraturan anti-dumping dalam menangani kekacauan pasaran disebabkan oleh campur tangan kerajaan Rusia dalam ekonomi mereka.

Berkesempatan itu juga status ekonomi pasaran yang diterima Rusia pada tahun 2022, kelulusan penting yang membolehkan Moscow sertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), telah dibatalkan.

Dalam pada itu, Dewan Perniagaan AS pada tahun lepas pernah mengatakan Moscow boleh mencabar sebarang keputusan di buat Washington untuk melucutkan status ekonomi pasaran Rusia di WTO.

Namun, sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada awal tahun ini maka hubungan diantara Moscow dan negara-negara Barat menjadi tegang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat