Rusia Anti Biden, Mahu Trump Menang Pada November Ini

485

Tidak cukup dengan huru-hara kempen pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang dicetuskan oleh Presiden (AS) Donald Trump, mendesak rakyat untuk mengundi dua kali pada November ini, muncul pula Rusia mengeruhkan keadaan.

Berdasarkan pemerhatian Department of Homeland Security, Rusia dipercayai cuba menggoyah kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihan raya, terutama sistem undian bersurat.

Isu ini telah mula dikesan sejak Mac lalu apabila pelaku dari Rusia menyebarkan dakwaan yang telah menimbulkan persoalan dalam integriti pilihan raya presiden, terutama dalam proses pengundian yang baru dan sistem undian bersurat.

Rakyat AS secara tidak langsung dibayangi dengan ketakutan jika berlaku penipuan di dalam proses mengundi seperti kiraan kertas undi dan kecuaian oleh pihak perkhidmatan pos yang bertanggungjawab menerima undi.

Pihak media dan laman web Rusia juga tidak ketinggalan memberi idea negatif terhadap undian bersurat yang kononnya mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19 menerusi kontak, sebenarnya bermanfaat untuk calon tertentu.

Ya, isu ini sebenarnya pernah dibangkitkan oleh Trump pada Mei lalu di mana beliau percaya undian bersurat mempunyai kelemahan dan susulan daripada beliau cuba untuk memansuhkan sistem tersebut.

Melihat usaha Trump dan Rusia yang semakin agresif, para senator Demokratik bimbang akan menganggu pencalonan Joe Biden.

Mana tidaknya, pada 7 Ogos lalu National Counterintelligence and Security Center akui pihak Rusia sememangnya memihak kepada Trump sama seperti pada pencalonan presiden 2016 dan sedang bergiat aktif cuba menumpaskan Biden.

Susulan daripada itu, barisan Demokratik semalam telah mendesak Jabatan Perbendaharaan AS untuk segera mengenakan sekatan terhadap organisasi dan individu Rusia yang terlibat untuk menyelamatkan kedudukan Biden.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat