Rusia Berjaya Cipta Sistem Pengesan Virus Varian Baru Covid-19

956

Syarikat Sistema-BioTech Rusia pada Isnin lalu mengesahkan sistem ujian pengesanan yang dibangunkan sebelum ini turut berupaya mengesan varian baharu virus Covid-19 termasuk yang dilaporkan di Britain.

“Penyelidikan yang kami jalankan mengesahkan kemungkinan untuk mengesan varian yang sudah bermutasi termasuk yang berasal dari Britain dan yang lain, menggunakan sistem ujian dibangunkan Sistema-BioTech,” lapor Agensi Berita Rusia (TASS) memetik kenyataan syarikat tersebut.

Lapor Bernama, sistem ujian itu boleh mengesan gen proteinase 3CL, yang merupakan gen paling mungkin bermutasi.

“Varian baharu Covid-19 yang dikesan di Britain mempunyai gen tidak berubah walaupun terdapat 23 mutasi terkumpul pada gen lain. Oleh itu, ujian PCR Sistema-Biotech dapat mengesan jangkitan dengan berkesan walaupun terdapat mutasi,” kata syarikat itu.

Menurut syarikat berkenaan, pakarnya telah menjalankan penyelidikan ke atas spektrum virus yang berkaitan, termasuk agen penyebab pneumonia atipik 2003.

Varian baharu yang mula dikesan di United Kingdom (UK) pada 14 Disember tahun lalu, dipercayai 70% lebih cepat merebak.

Dalam perkembangan berkaitan, profesor Universiti Cambridge, Ravindra Gupta menyatakan vaksin Pfizer/BioNTech masih berkesan untuk mencegah varian baharu UK dengan setiap dos tetapi hasil yang sama mungkin tidak berlaku untuk setiap varian baharu.

Telah wujud kebimbangan mengenai penurunan keberkesanan vaksin pada varian Afrika Selatan yang menyebabkan syarikat pembuat vaksin seperti Moderna mula menghasilkan suntikan ‘booster’ untuk mencegah perubahan pada virus berkenaan.

Pada minggu ini, Jabatan Kesihatan England memaklumkan sampel kecil varian dari UK telah ditemukan terkandung dalam mutasi baharu yang turut wujud dalam varian Afrika Selatan.

Penyelidikan awal mendapat mutasi itu berkemungkinan membantu virus mengelak antibodi yang terhasil oleh vaksin, sekali gus menyebabkan vaksin menjadi kurang efektif.

“Kesemua virus ini semakin menjadi kebal terhadap sistem imunisasi dan vaksin,” ujar Gupta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat