Rusia Sabotaj Paip Air Ukraine?

338

Tentera Ukraine dan pakar dari UN mengesyaki bahawa pihak Russia sengaja memutuskan bekalan air bersih di bandar Mykolaiv sejak April.

Dilaporkan bahawa penduduk di pantai selatan itu menghadapi masalah bekalan air bersih sejak 6 bulan lalu.

Telitian pada data dan gambar satelit menunjukkan saluran paip air tersebut seperti sengaja dirosakkan sewaktu Ukraine berada di bawah kawalan pihak Russia.

Saluran paip tersebut telah dirosakkan pada bahagian yang paling rapuh iaitu di antara bahagian permukaan luaran dengan bahagian permukaan bawah tanah.

Menurut sumber di Mykolaiv, saluran paip tersebut telah bocor selama lebih kurang lapan jam selepas ianya pecah pada 12 April lalu. Disebabkan itu, dianggarkan lebih kurang 40 juta liter air yang melimpah sebelum saluran paip tersebut terpaksa diputuskan.

Tindakan ini adalah menyalahi undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa yang melarang mana-mana pihak merosakkan sebarang kemudahan yang disediakan untuk kegunaan orang awam.

Dalam beberapa minggu, Rusia dilihat menyasarkan tindakan mereka ke atas bekalan tenaga kuasa dan air Ukraine yang akan menyebabkan keperluan asas terputus di seluruh negara.

Bandar Mykolaiv dikategorikan sebagai kawasan berbahaya kerana ianya merupakan kawasan yang sudah dikepung serta berada di bawah kawalan Ukraine selepas Russia menjajah negara tersebut.

Oleh itu, kehadiran orang ramai untuk mengambil bekalan air bersih merupakan satu tindakan yang berbahaya bagi keselamatan mereka. Namun, keadaan tersebut terpaksa dilalui oleh penduduk bandar Mykolaiv demi memperoleh bekalan air bersih untuk keperluan dan kegunaan harian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat