Rusia ‘Siap Siaga’ Menjelang Ucapan Presiden Biden

1,712

Dagangan euro dan pound di bawah tekanan pada Rabu ketika serangan Rusia yang semakin meningkat ke atas bandar-bandar Ukraine mendorong pelabur kembali mendapatkan safe-haven US dolar.

Ekonomi Zon Eropah dan UK adalah yang paling sensitif terhadap kelembapan pertumbuhan dan sekatan yang dikenakan ke atas Rusia. Ini kerana, hampir 40% daripada gas dan lebih 25% daripada minyak yang diimport ke Kesatuan Eropah adalah dari Rusia.

Kehilangan bekalan ini dan digabungkan dengan peningkatan harga tenaga global bakal memberi tekanan kepada Eropah lebih parah lagi.

Sebaliknya, dolar Aussie dan kiwi mencatatkan penurunan yang terhad memandangkan Australia dan New Zealand tidak mengimport minyak atau produk minyak dari Rusia. Justeru, mereka kurang terkesan dengan situasi ini.

Menjelang ucapan ‘State of the Union‘ oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada 10 pagi (waktu tempatan), Rusia sedang bersiap sedia untuk memperhebatkan serangannya terhadap Ukraine dengan memberi amaran kepada penduduk Kiev untuk keluar dari bandar itu.

Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa Rusia akan meningkatkan serangannya ketika ucapan Joe Biden berlangsung sebentar lagi.

Para pelabur kini lebih berhati-hati dengan meningkatkan pegangan terhadap safe-haven dan US dolar, manakala mata wang euro menjunam ke paras terendah terbaharu sejak Jun 2020.

Sementara pound pula terus membungkam di paras terendah satu bulan berbanding US dolar dengan didagangkan lemah pada sekitar harga 1.3300 pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat