Rusia Tarik Diri Daripada Rundingan MH17!

967

Kementerian luar negeri Rusia hari ini mengatakan bahawa beliau menarik diri dari perbincangan dengan Belanda dan Australia mengenai insiden tragis yang menimpa Penerbangan Malaysia Airlines 17.

Umum mengetahui bahawa, peswat MH17 telah terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur lalu ditembak jatuh oleh peluru berpandu dari wilayah yang dipegang oleh pemberontak pro-Rusia semasa pertempuran di timur Ukraine serta mengorbankan seramai 298 nyawa.

Setelah bertahun-tahun mengumpulkan bukti, sebuah pasukan Penyiasatan Bersama Antarabangsa (JIT) yang dipimpin Belanda tahun lalu mengatakan pelancar peluru berpandu yang digunakan untuk menembak pesawat awam berasal dari pangkalan tentera Rusia di seberang sempadan.

Sementara itu, kementerian luar negeri Rusia menjelaskan bahawa keputusannya untuk menarik diri dari perundingan dengan Belanda dan Australia sebagai tindak balas terhadap tuntutan pemerintah Belanda yang diajukan terhadap Moscow di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah pada bulan Julai tahun ini.

Selain itu, Belanda didakwa berat sebelah dan mempolitikkan isu berkenaan.

Bahkan kedua-dua buah negara tidak mahu untuk memahami apa yang sebenarnya terjadi pada musim panas 2014, tetapi mempunyai tujuan untuk membuatkan Rusia mengaku bersalah dan perlu membayar pampasan untuk saudara-mara mangsa.

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mendedahkan bahawa beliau terkejut dengan keputusan Rusia untuk menghentikan rundingan mengenai tanggungjawabnya ke atas kejadian tembakan pesawat MH17 itu bahkan keputusan bakal menyakitkan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Seterusnya, beliau menyatakan bahawa Belanda akan meneruskan rundingan tersebut dengan Australia untuk memberi pembelaan terhadap 298 mangsa dan saudara mereka.

Dalam komen berasingan, Menteri Luar Negeri Belanda, Stef Blok mengatakan bahawa negara itu sangat kesal dengan keputusan Rusia untuk menghentikan rundingan itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat