Rusia Tidak Melihat Sebarang Keperluan Mendesak!

34

Rusia, antara pengeluar minyak terbesar dunia mendapati tiada sebarang keperluan untuk mengadakan perbincangan mengenai pembekuan pengeluaran minyak. Namun, Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak sedia untuk membuka rundingan berkenaan dengan isu terbabit jika diperlukan.

Beliau memberitahu pemberita pada Isnin mengenai kesediaan beliau untuk berunding jika ada negara-negara yang membangkitkan isu berkenaan.

Namun, Rusia melihat kepada tiada keperluan mendesak dalam masa terdekat memandangkan harga minyak mentah masih berada pada paras biasa.

Novak juga berkata, pembekuan pengeluaran minyak mentah mungkin boleh berlaku jika harga komoditi terbabit semakin merosot.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat