Russia Beri Harapan Baru Kepada Pasaran Minyak Mentah!

89

Russia, yang merupakan pengeluar tenaga terbesar di dunia sudah bersedia untuk bekerjasama dengan OPEC bagi mengehadkan pengeluaran minyak mentah dan membantu mengimbangi semula pasaran logam hitam. Hal ini disuarakan sendiri oleh Setiausaha Jeneral OPEC iaitu Mohammed Barkindo.

Barkindo berkata, pengeluar utama OPEC akan terus komited dengan perjanjian yang dicapai pada bulan lepas di Algeria bagi mengurangkan jumlah output. Barkindo memberitahu pemberita pada persidangan tenaga di Abu Dhabi untuk menjalin kerjasama dengan pengeluar bukan OPEC bagi membantu pasaran kembali semula kepada landasan yang betul.

Beliau mendapat berita terbabit dari pihak tertinggi di Moscow bahawa Russia sedia untuk bekerjasama dalam perjanjian tersebut.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport menyumbang kepada kira-kira 40% jumlah minyak dunia.

OPEC juga dijangka akan memuktamadkan keputusan terbabit pada 30 November nanti setelah melakukan perbincangan pada minggu lalu bersama negara-negara pengeluar seperti Russia, Azerbaijan, Brazil, Kazakhtan dan Mexico.

Pengeluar luar OPEC

Pengeluar dari luar kesatuan OPEC juga perlu menyertai negara-negara tersebut bagi memotong jumlah pengeluaran untuk membantu pasaran kembali kepada tahap stabil. Ketua Pegawai Eksekutif Eni Spa Claudio Descalzi berkata dalam satu temu bual dengan Bloomberg TV di Abu Dhabi bahawa tindakan OPEC sahaja tidak mencukupi.

Menurut rekod, Russia telah mengeluarkan sebanyak 11.2 juta tong sehari pada bulan lepas. Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak berkata bahawa Russia bersedia membekukan bekalan minyaknya selama 6 bulan atau lebih dan bukannya mengurangkan jumlah output.

Perjanjian Algeria telah membantu menolak harga minyak kembali kepada 15 bulan tertinggi di atas paras $50 setong. Pengeluar-pengeluar utama ini dijangka akan bertemu sekali lagi di Vienna.

Tanpa perjanjian, OPEC akan kembali mengepam minyak mentah tanpa sebarang had. Pun begitu, ahli OPEC iaitu Iraq dan Iran dijangka akan menarik diri dari mencapai sebarang perjanjian.

Minit Mesyuarat BoJ : Jepun Masih Sukar Keluar Dari Stagnation

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat