Rusuhan Di Ireland Utara, UK-EU Cuba Capai Kesepakatan

214

Kesatuan Eropah (EU) dan UK dilaporkan semakin hampir untuk mencapai kesepakatan dalam menangani isu perbatasan antara Ireland Utara dan Republik Ireland.

Lapor Financial Times, seorang diplomat EU memberitahu bahawa perbincangan antara kedua pihak telah mencapai kemajuan pada tahap teknikal, tetapi beliau juga mengingatkan bahawa pihak Britain perlu menunjukkan sokongan tegas untuk perjanjian Brexit.

Sumber itu turut menambah bahawa pertemuan antara Suruhanjaya Brexit EU-UK, Maros Sefcovic dan David Frost mungkin akan berlaku pada minggu ini bagi meninjau kemajuan yang dibuat.

Sementara itu, diplomat dan pegawai EU yang lain menyifatkan penglibatan kuat UK dalam perbincangan mengenai pelaksanaan protokol Ireland Utara telah menimbulkan harapan agar persefahaman dapat dicapai dan meredakan ketegangan antara kedua-dua pihak.

Protokol Ireland Utara, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian Brexit telah menjadi perbalahan antara kedua belah pihak sejak akhir-akhir ini sehingga mencetuskan berlakunya rusuhan di Belfast dan beberapa bandar lain.

Menurut media tempatan, rusuhan tersebut bermula disebabkan ketegangan yang berkaitan dengan protokol Ireland Utara dari perjanjian Brexit antara UK dan EU.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat